Kain rentang, poster PN di Kota Laksamana dikhianat?

0
2

KETUA Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menyeru semua pihak agar berkempen secara baik tanpa sebarang perbuatan khianat di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ia susulan beberapa bahan kempen termasuk poster, kain rentang dan tiang bendera Perikatan Nasional (PN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana dirosakkan.

“Kejadian ini mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku.

“Saya telah mengarahkan jentera pilihan raya PN menyiasat jika ada kerosakan di DUN lain. Jentera PN sedang memeriksa jika kerosakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, laporan kepada pihak berkuasa juga akan dibuat sekiranya didapati wujud unsur samseng dalam kempen di PRN kali ini.

“Saya menyeru supaya kita berkempen dengan cara yang baik. Janganlah sehingga merosakkan bahan kempen parti lain.

“Budaya samseng dan budaya ekstrem mesti dihentikan serta merta dan dipadam daripada landskap politik negara,” katanya.

PN menampilkan calon daripada parti Gerakan, Fong Khai Ling bagi DUN Kota Laksamana.

Khai Ling sebelum ini pernah mencetus kontroversi apabila dikatakan memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk rakyat Malaysia lolos ke Israel menggunakan pasport Malaysia.

Bagaimanapun, beliau tampil memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya itu dan tidak berniat untuk mempersendakan pendirian umat Islam terhadap Israel. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here