KLPB anjur Malam Sembang Santai hargai media

0
3
https://www.facebook.com/photo/?fbid=419558106210647&set=pb.100044693822065.-2207520000..

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) malam tadi menganjurkan ‘Malam Sembang Santai’ sebagai tanda menghargai pihak media.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia merupakan inisiatif bagi meraikan kerjasama dan sumbangan pihak media yang selama ini telah banyak membantu dalam menyebar luas liputan dan publisiti mengenai KPLB.

“Di samping itu juga, majlis ini sebagai medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim, berkenal-kenalan, bertukar–tukar fikiran dan mengembangkan idea bagi mengenalpasti pendekatan yang lebih berkesan dalam usaha KPLB memacu kemajuan masyarakat luar bandar.

“Ia supaya nikmat pembangunan dapat dikongsi bersama Keluarga Malaysia dalam menggerakkan usaha pemulihan negara agar rakyat kembali makmur dalam norma baharu,” katanya.

Beliau berkata, tanpa bantuan dan kerjasama rakan media segala usaha dan aktiviti yang dilaksanakan KPLB tidak akan sampai kepada masyarakat terutamanya di luar bandar.

“Dalam Konteks KPLB, media bertindak sebagai penghubung yang mendekatkan kementerian dengan masyarakat luar bandar menerusi liputan dan kupasan yang diterbitkan berkaitan isu-isu pembangunan luar bandar yang relevan dan konsisten sepanjang tahun,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here