Muhyiddin mahu semua calon PN tandatangan aku janji lawan rasuah

0
2

PENGERUSI Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua calon gabungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka untuk menandatangani ‘akujanji’ sebagai peringatan melawan rasuah.

Beliau berkata, akujanji tersebut akan ditandatangani dalam masa terdekat dan bukti serta komitmen parti itu untuk menegakkan prinsip integriti.

Katanya, teras dan pendirian PN adalah menentang salah guna kuasa dan rasuah.

“Memberikan layanan yang adil dan saksama kepada semua pihak. Ini jaminan kerajaan PN yang bakal dibentuk di Melaka.

“Jadi untuk menunjukkan betapa kita komited menentang rasuah, kita sediakan akujanji. Yang ini saya minta semua calon kita untuk menandatanganinya dalam sehari dua ini,” katanya ketika bersiaran langsug dalam ‘Pentas PRN Melaka’ malam ini. – Malaysiapost

Pada pentas berkenaan juga bekas perdana menteri itu turut mendedahkan beliau boleh meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen selepas hilang majoriti susulan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen Umno, namun menyifatkan itu tindakan tidak bertanggungjawab memandangkan keadaan pandemik Covid-19.

Muhyiddin menjelaskan, ini kerana negara pada ketika itu dalam situasi sukar disebabkan pandemik Covid-19 yang telah meluas selain program vaksinasi baru bermula.

“Atas sebab itulah saya memilih untuk meletakkan jawatan walaupun dalam perlembagaan, Perdana Menteri yang hilang majoriti boleh meminta nasihat Agong untuk membubar Parlimen,” katanya.

Beliau turut menyifatkan situasi di Melaka sebagai “tidak diduga dan luar biasa” yang berlaku disebabkan krisis politik susulan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membawa usul tidak menyokong kepimpinan menyebabkan kerajaan yang ada runtuh.

“Saya sedar orang Melaka tidak mahu pilihan raya negeri (PRN). Mereka marah kenapa keadaan seperti ini berlaku. Jika pemimpin politik sedar bahawa Melaka masih berdepan wabak walaupun vaksin sudah meluas perkara ini tidak berlaku,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here