PERDANA Menteri berkata, memorandum persefahaman (MoU) membabitkan pengambilan dan perlindungan pembantu rumah dari Indonesia (PDI) di Malaysia, dijangka diselesaikan dalam masa terdekat.
Ismail Sabri berkata, ketika ini proses memuktamadkan MoU itu sedang berjalan di antara Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan Kementerian Tenaga Kerja Indonesia.
“Saya dan Bapak Presiden mengambil maklum mengenai kemajuan proses bagi memuktamadkan MoU Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Malaysia antara Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan Kementerian Tenaga Kerja Indonesia.
“Kami percaya isu-isu yang tertunggak akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan pada sidang media bersama Joko Widodo sempena lawatan rasmi ke republik itu, sejak semalam.
Dalam perkembangan bekaitan, Ismail Sabir berkata, Malaysia memberi jaminan memastikan kebajikan dan perlindungan rakyat Indonesia yang bekerja di negara ini tetap dipelihara.
Beliau berkata, usaha kerajaan Malaysia untuk melindungi pekerja Indonesia, telah dilaksanakan pada tahun lalu dengan menubuhkan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
“Akta itu telah diluluskan pindaannya, yang menjamin keselesaan penginapan pekerja, bukan sahaja untuk rakyat Malaysia tetapi juga untuk rakyat asing,” katanya. – Malaysiapost

