PRN Melaka: Jangan tersilap pilih warna biru – Zahid

0
2

RAKYAT Melaka tanpa mengira bangsa dan agama diingatkan supaya jangan tersilap memilih harapan palsu sekali lagi, kata Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau berkata pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November ini, rakyat Melaka juga diingatkan jangan tersilap pilih warna biru. 

“Mungkin ada biru kelihatan sama, tetapi tidak serupa. Pastikan pilih biru Barisan Nasional (BN) yang original kerana original itu berkualiti. 

“Jangan terpedaya biru tiruan cetak rompak kerana hasilnya pasti mendukacitakan. 

“Memilih warna biru parti politik mestilah atas manfaat jangka masa panjang yang jelas pernah telah terbukti,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dipercayai merujuk kepada warna biru Perikatan Nasional (PN) memandangkan satu lagi lawannya pada PRN Melaka, Pakatan Harapan (PH) menggunakan lambang berwarna merah. 

Ahmad Zahid berkata seramai 28 calon yang dikemukakan BN bagi PRN Melaka menterjemahkan bukti bahawa ia terus membawa naratif politik berlandaskan semangat perpaduan pelbagai kaum. 

“Calon Umno bersama MCA dan MIC sekali lagi berpadu sebagai suatu wadah gabungan politik membawa harapan sebenar rakyat. 

“BN akan kembalikan perpaduan yang pernah dirampas daripada rakyat Malaysia pada PRU14. 

“BN mahu kembalikan kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang terus menerus merundum sejak 9 Mei 2018,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here