
PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 95 peratus membabitkan 22,228,388 individu yang lengkap vaksinasi.
Mengikut perincian dikongsi menerusi portal CovidNow hari ini, sebanyak 97.6 peratus atau 22,828,481 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Seramai 24,642,379 individu atau 75.5 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Manakala sebanyak 78.3 peratus atau 25,550,899 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2,413,991 individu atau 76.7 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,722,418 individu atau 86.5 peratus mendapat satu dos.
Sebanyak 23,524 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 2,115 dos pertama dan 21,409 dos kedua.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 5,136,409 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost
