Aku Janji GRS untuk rakyat Sabah dilancar hari ini

0
3

GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) akan melancarkan Aku Janji Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai tawaran kepada rakyat Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata pelancaran Aku Janji itu akan disaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, petang ini.

Pelancaran itu juga, katanya, sempena dengan sambutan Hari Malaysia, hari ini.

GRS menggabungkan parti dari BN, PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Muhyiddin ketika mengumumkan penubuhan GRS Sabtu lalu, berkata gabungan itu akan bekerja sebagai satu pasukan  yang sama-sama berjuang untuk memajukan Sabah.

Sementara itu, Annuar berkata, beliau dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin malam tadi mempengerusikan mesyuarat penyelarasan GRS di Kota Kinabalu.

Gerak kerja BN,PN dimantapkan lagi,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sebelum ini, Annuar berkata, BN dan PN yang membentuk GRS, sepakat mewujudkan satu sekretariat penyelarasan membabitkan semua parti, terdiri 10 orang yang akan memantapkan operasi bersama. – Malaysiapost