Ops Menu: Hanya satu restoran dikompaun

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1636431084576","origin":"unknown","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

HANYA satu daripada 28 premis yang diperiksa dikesan melanggar peraturan menerusi Ops Menu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, setakat ini.

Pengarahnya Muhamad Zikril Azan Abdullah, berkata operasi tersebut dijalankan sejak pergerakan rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lalu yang meliputi restoran dan kedai makan.

Katanya, hasil tinjauan, pemeriksaan dan pemantauan didapati pematuhan peniaga di sekitar Selangor berada pada tahap baik.

“Pematuhan disifatkan sebagai baik kerana hanya satu kes melibatkan ketidakpatuhan iaitu tidak mempamerkan tanda harga di sebuah kedai makan di Sepang dan peniaga telah dikompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Justeru KPDNHEP Selangor mengingatkan pengusaha restoran dan kedai makan agar sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan, khususnya berkaitan penandaan harga dan alat timbang bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang termasuk didakwa di mahkamah atau kompaun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zikril berkata, tindakan tegas juga boleh dikenakan ke atas peniaga yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan Dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna agar lebih berhati-hati dan bijak membuat pilihan dalam berbelanja dengan memilih restoran dan kedai makan beretika seperti mempamerkan tanda harga jelas dan menggunakan alat timbang bagi tujuan perdagangan yang masih sah tempohnya.

Katanya ia bagi mengelak diperdaya oleh segelintir peniaga yang tidak beretika di dalam menjalankan perniagaan.

“Pengguna juga dinasihatkan menggunakan kuasa yang ada pada mereka termasuk membuat perbandingan harga serta membuat pilihan restoran dan kedai makan yang menawarkan harga dan perkhidmatan yang terbaik sebelum menikmati juadah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here