Kemasukan sekolah di 5 negeri ikut penggiliran

0
3

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memaklumkan kemasukan murid Tahun 1 hingga 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga 4 di sekolah menengah bagi Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah, mengikut kaedah penggiliran.

Manakala kehadiran murid di sekolah asrama sepenuhnya adalah tanpa penggiliran.

KPM berkata, ia merujuk kepada kenyataan kementerian itu semalam berkenaan pengeroperasian sekolah yang akan bermula pada 21 November 2021 bagi Kedah dan 22 November 2021 untuk Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.

Katanya, perincian mengenai kemasukan murid sekolah asrama sepenuhnya akan dimaklumkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa dan penjaga.

“KPM sentiasa memantau dan meneliti keadaan semasa pengoperasian sekolah secara bersemuka semenjak dibuka semula bermula 3 Oktober lalu.

“Dapatan daripada pemantauan dan penelitian menunjukkan bahawa pengoperasian sekolah berjalan dengan lancar dan teratur mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

“Setelah mengambil kira dapatan ini serta situasi semasa pandemik Covid-19, KPM memutuskan kehadiran murid pada kali ini tidak dilaksanakan secara berperingkat namun mengekalkan kaedah penggiliran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPM turut memaklumkan pengeroperasian itu turut melibatkan  institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawahnya bagi kategori sekolah dan kategori pusat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here