FIFA ucap selamat hari lahir kepada Faiz Subri

0
1

PEMENANG Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri menerima ucapan hari lahir daripada Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia sempena ulang tahun ke-34 usia bekas pemain Pulau Pinang itu semalam.

“Selamat hari lahir, Mohd Faiz Subri!

“Siapa yang boleh melupakan sepakan percuma pemenang Anugerah #Puskas yang luar biasa ini daripada pemain Malaysia pada 2016?,” ciap FIFA menerusi Twitter.

FIFA turut memuatnaik video sepakan percuma menakjubkan Mohd Faiz ketika aksinya bersama Pulau Pinang bertemu Pahang dalam saingan Liga Super 2016.

Pada Januari 2017, Mohd Faiz menerima anugerah berprestij itu di ibu pejabat FIFA di Zurich yang disampaikan bekas legenda Brazil, Ronaldo.

Jaringan menarik Mohd Faiz itu menerima undian sebanyak 59.46 peratus mengalahkan dua lagi calon – Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela, 10.01 peratus. 

Sepakan percuma Faiz yang menobatkannya sebagai pemenang Anugerah Puskas 2016 memang diakui sesuatu yang menakjubkan.

Ia diakui sendiri pakar sepakan percuma dunia, Roberto Carlos yang secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Faiz ketika majlis penganugerahan di Zurich itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here