PRN Melaka: ‘Saya boleh cakap bahasa Melayu’ – Hui Ying

0
3

CALON Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying menegaskan dirinya boleh berbahasa Melayu, bukan seperti didakwa dalam video tular di laman Twitter baru-baru ini.

Justeru, beliau memohon orang ramai agar tidak mudah percaya dengan dakwaan tersebut.

“Helo semua. Semalam saya dapat video tular di media sosial bahawa saya tak boleh cakap bahasa Melayu. Tapi tak mengapa, ramai orang tahu saya boleh cakap bahasa Melayu.

“Video tular tu mungkin boleh membawa masalah. Jangan mudah salah faham mengenai perkara begini, saya harap diberikan sokongan. Terima kasih,” katanya.

Video penjelasan itu dikongsi dalam kumpulan Whatsapp media MCA untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam, namun dipadam tidak lama selepas itu.

Terdahulu, menerusi rakaman video berdurasi 58 saat di Twitter memaparkan Hui Ying diwawancara petugas media.

Hui Ying diajukan beberapa soalan berkaitan kredibilitinya untuk membawa kestabilan politik di Melaka.

Bagaimanapun, beliau dilihat tidak dapat menjawabnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here