PRN Melaka: Idris, Nor Azman sah calon PH

0
2

DUA bekas pemimpin Umno yang menarik sokongan kepada bekas Ketua Menteri sehingga kerajaan Melaka tumbang, diumum sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Datuk Nor Azman Hassan pula akan mewakili Parti Amanah Negara (Amanah) di DUN Pantai Kundur yang dimenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Kedua-duanya akan bertanding PRN itu menggunakan simbol PH.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu, hari ini.

Sementara itu Anwar berkata, seramai 28 calon akan ditampilkan PH pada penamaan calon yang akan berlangsung Isnin ini.

“Seperti mana diumumkan keputusan Majlis Presiden PH dua minggu lalu, lapan DAP, sembilan Amanah, 11 Keadilan tetapi semua bertanding atas PH,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari kekal bertanding di kerusi DUN Bukit Katil. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here