PRN Melaka: BN tanding semua kerusi, catur formula 20,7,1

0
2

BARISAN Nasional (BN) sah bertanding semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengumuman senarai calon BN bagi mendepani PRN Melaka diumumkan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu negara pagi ini, bertemakan ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus menyaksikan kemungkinan besar pertembungan Umno dengan PAS sekurang-kurang di lima kerusi berikutan sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) itu telah menyatakan hasrat bertanding di lima DUN di Melaka.

BN mencatur strategi komposisi 20 kerusi untuk Umno, tujuh untuk MCA dan satu untuk MIC dalam misi gabungan itu menawan 28 kerusi DUN pada 20 November ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diumumkan sebagai calon di DUN Tanjung Bidara, manakala bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan mempertahankan DUN Lendu yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

BN juga menampilkan 80 peratus muka baharu di samping mengekalkan empat penyandang kerusi pada PRN Melaka kali ini.

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata, gabungan itu mengenengahkan 28 peratus calon berusia 45 tahun ke bawah dan lima peratus calon wanita iaitu empat daripada Umno dan seorang MCA.

Selain itu, semua calon BN akan menandatangani perjanjian akuan bersumpah (SD) untuk mengelak lompat parti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here