Bekas atlet menembak negara meninggal dunia

0
1

BEKAS atlet menembak negara, Muslifah Zulkifli dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Perkhabaran sedih tersebut dikongsi menerusi Facebook rasmi Majlis Sukan Negara (MSN) sebentar tadi.

“Dimaklumkan Muslifah Zulkifli (bekas penembak kebangsaan) baru sahaja meninggal dunia pagi ini.

“Takziah kepada keluarga beliau dan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” menurut MSN menerusi hantaran tersebut.

Pada 1 Oktober lalu, Malaysiapost melaporkan, Muslifah, 36, dijangkiti Covid-19 dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Gleneagles Medical Centre, Pulau Pinang.

Allahyarham yang berasal dari Pulau Pinang pernah mewakili negara dalam pelbagai temasya sukan antarabangsa termasuk Sukan Komanwel di Glasgow pada 2012, selain pernah meraih beberapa pingat di pentas Sukan Sea. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here