95.7% populasi dewasa lengkap vaksin

0
4
vaksin uitm

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 95.7 peratus membabitkan 22,409,335 juta individu yang lengkap vaksinasi.

Mengikut perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, sebanyak 97.8 peratus atau 22,891,080 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Seramai 24,607,296 individu atau 75.3 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Manakala, sebanyak 78.1 peratus atau 25,513,386 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,197,961 individu atau 69.8 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,622,306 individu atau 83.3 peratus mendapat satu dos.

Sebanyak 114,573 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 8,185 dos pertama, 42,306 dos kedua dan 64,082 dos penggalak.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 50,420,916 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here