Covid-19: 46 kematian direkodkan semalam

0
1
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia menguruskan jenazah covid-19 setelah dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 46 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan setakat semalam.

Daripada angka tersebut, lapan daripadanya meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam, semalam.

Justeru, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat semalam adalah 29,091.

Manakala, jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,887.

Dalam pada itu, seramai 546 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 286 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here