Undi 18 tidak disegerakan, perlu selesai banyak perkara – Wan Junaidi

0
2
https://twitter.com/dswjtj/status/1455773486018822157/photo/1

PINDAAN Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, yang dilakukan pada 2019, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata banyak faktor perlu diteliti dan diselesaikan sebelum melaksanakan pindaan berkenaan, termasuk isu daftar pemilih.

“Apabila perlembagaan dipinda pada 2019, jangka masa untuk pelaksanaan di bawah pindaan ini ialah sehingga 2023.

“Maka jika ikut garis masa yang diletakkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semua proses pelaksanaan ini akan siap pada September 2022 dan sistem berkenaan akan berjalan lancar,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, banyak yang perlu dibuat termasuk mengemaskini sistem daftar pengundi kerana ada pengundi yang sudah meninggal dunia, masuk penjara, malah ada yang sudah berusia lebih 90 tahun.

“Jadi tidak bermakna apabila apabila perlembagaan dipinda, terus boleh dilaksanakan.

“Apabila Covid-19 melanda, ia juga menjadi faktor yang mengekang Akademi Pilihan Raya (APR) laksanakan tugas,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang mahu mengetahui mengapakah kerajaan perlu menunggu keputusan mahkamah berkaitan pelaksanaan Undi 18. – Malaysiapost

Kredit Foto: Twitter/Wan Junaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here