Tiada tambahan premis, lesen judi sejak 1991 – PDRM

0
2
Polis Di Raja Malaysia

TIADA pertambahan premis perjudian berlesen di negara ini sejak 1991 begitu juga dengan lesen yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF).

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan yang memaklumkan berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, pemeriksaan terhadap premis perjudian berlesen di bawah Kementerian Kewangan dilakukan oleh polis sejak 1991.

“Sejak pemeriksaan berkala yang dijalankan itu, polis sahkan tiada pertambahan premis dan juga lesen yang dikeluarkan oleh MOF,” katanya dalam sidang media di Bilik Mesyuarat JSJ, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan berdasarkan statistik kegiatan perjudian tanpa lesen dikesan berkurangan semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid-19 pada tahun lalu.

Beliau berkata, pada 2020 sebanyak 15,958 serbuan Ops Dadu berjaya dilakukan berbanding 17,328 serbuan pada 2019, manakala ia kembali meningkat pada tahun ini.

“Dari Januari hingga 31 Oktober 2021, sebanyak 17,382 serbuan berjaya dilakukan setakat ini membabitkan tangkapan seramai 25,000 orang dan rampasan wang tunai berjumlah RM8.3 juta.

“Serbuan tertinggi adalah membabitkan judi online iaitu 9,561 kes dan setakat ini 8,362 pertuduhan sudah dilakukan,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here