Bajet 2022: Veteren ATM tidak berpencen terima BKK one-off RM350

0
2
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media ketika melawat Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan Wangsa Maju hari ini. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

SEBANYAK RM350 Bantuan Khas Kewangan (BKK) secara one-off akan diberikan kepada satu juta pesara kerajaan, termasuk golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan amalan semasa kerajaan yang prihatin terhadap golongan veteran ATM tidak berpencen agar turut menerima BKK. 

Katanya, inisiatif ini telah dilaksanakan pada Bajet 2021 di mana sebanyak RM300 telah diberikan kepada kumpulan pesara. 

“Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) menganggarkan sehingga kini terdapat kira-kira 300,000 veteran ATM yang terdiri daripada veteran ATM berpencen, pencen terbitan dan veteran ATM tidak berpencen. 

“Namun daripada jumlah itu, hanya seramai 82,000 veteran ATM tidak berpencen telah berdaftar dengan JHEV sehingga 30 September 2021. 

“Sehubungan itu, veteran ATM tidak berpencen yang belum berdaftar disarankan berbuat demikian dengan JHEV agar BKK dapat disalurkan kepada mereka menjelang bulan Januari 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here