[PARLIMEN] PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) atau ‘lockdown’ ketika pentadbir Tan Sri Muhyiddin Yassin antara paling panjang di dunia dan telah menghancurkan ekonomi negara.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ‘lockdown’ yang dikuatkuasa atas sebab pandemik Covid-19 itu telah merosakkan kewangan negara dan kehidupan rakyat.
“Di Malaysia, ‘lockdown’ separuh masak antara paling panjang tempohnya dalam dunia yang dilaksanakan oleh bapa ‘lockdown’ Malaysia telah hancurkan kewangan dan kehidupan ramai.
“Tetapi kadar jangkitan dan kematian Covid-19 berbanding dengan jumlah penduduk adalah tertinggi di Asean dan antara tertinggi di dunia tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.
Najib berkata, biarpun kerajaan membelanjakan RM600 bilion dalam tempoh satu setengah tahun, namun kurang memberi manfaat secukupnya kepada kehidupan rakyat.
Katanya, itu antara faktor mengapa kewangan Malaysia berada dalam keadaan kritikal ketika ini. – Malaysiapost

