PRN Melaka: Senarai calon PAS ditentukan malam ini

0
2
grafik

MAJLIS Syura Ulamak PAS Melaka akan menentukan calon yang disenarai pendek untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka malam ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Kamarudin Sidek berkata, senarai calon itu telah dihantar ke Majlis Syura Ulamak semalam dan mesyuarat mengenainya akan berlangsung malam ini, lapor Harakah Daily.

“Esok (hari ini) Majlis Syura akan bermesyuarat, mereka mahu senarai nama dahulu untuk dipilih di peringkat pusat, di peringkat negeri kita sudah sediakan.

“Setakat ini, pada peringkat awal kita hantar untuk 14 Dewan Undangan Negeri (DUN), itu secara rambanglah. Nanti apa hasil perbincangan pusat, kalau PAS dapat (bertanding) empat atau lima kerusi, jadi kerusi-kerusi tertentu sahajalah.

“Satu DUN kita hantar ramai, paling kurang dia hendak dua orang nama, ada DUN yang kita hantar tiga nama untuk diberi pilihan kepada pusat,” katanya.

Kamaruddin berkata, sebahagian nama calon yang dihantar terdiri golongan yang mempunyai latar belakang profesional dan berpengalaman dalam mentadbir sesebuah agensi.

“Terdapat juga calon dalam kalangan ulama yang berketerampilan menguruskan dana pentadbiran,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka adalah pada 8 November manakala tarikh mengundi pula pada 20 November depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here