Sarawak kehilangan pemimpin berwibawa

0
1

SARAWAK kehilangan seorang pemimpin veteran yang berwibawa, komited dan penuh berpengalaman.

Demikian kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof susulan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19.

Fadillah berkata Masing telah banyak berjasa kepada rakyat Sarawak khususnya dan memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri itu.

“Pemergian beliau satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Sarawak, malah kepada Malaysia secara umumnya.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang,” katanya.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

Masing sebelum ini dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19 pada 28 September lalu.

Difahamkan, Masing, 72, ditidurkan apabila komplikasi kesihatan semakin teruk dan pada minggu lalu dipindahkan ke Pusat Rawatan Pakar Normah untuk rawatan lanjut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here