Isu arak jenama Timah, kerajaan larang pengeluaran produk menimbulkan keresahan rakyat

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634444543597","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

KERAJAAN memutuskan bahawa tidak boleh lagi mana-mana pihak mengeluarkan apa sahaja produk atau pengeluaran yang boleh menimbulkan keresahan rakyat termasuk dalam konteks bangsa atau agama.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, perkara itu susulan bantahan daripada pihak PAS berhubung isu arak jenama Timah.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, perkara itu diputuskan selepas perbincangan bersama beberapa kementerian dan juga syarikat pengeluaran arak berkenaan.

“Saya nak khabarkan berita gembira juga. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad adakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Perpaduan Negara.

“Pihak syarikat yang mengeluarkan arak tersebut juga dipanggil dan kita (PAS) menyatakan bantahan kita.

“Kabinet sudah buat keputusan bahawa tidak boleh lagi mana-mana pihak mengeluarkan apa sahaja pengeluaran yang boleh menimbulkan keresahan rakyat termasuk dalam konteks bangsa atau agama,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-62 di Negeri Sembilan, hari ini.

Menurutnya, ia bermakna keputusan itu menjadi satu polisi hasil daripada bantahan yang dibuat oleh PAS.

Sementara itu, beliau mengingatkan ahli PAS bahawa parti berkenaan kini menghadapi pelbagai cabaran selepas membentuk Kerajaan Persekutuan terutama membabitkan isu-isu berkenaan agama.

Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan harapan besar rakyat terhadap PAS, walaupun baru berada dalam kerajaan dengan hanya 18 Ahli Parlimen membabitkan tiga menteri dan lima timbalan menteri.

“Apa sahaja isu membabitkan agama maka orang letak pada kita, termasuklah isu Timah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here