Idris Ahmad jalani kuarantin di rumah

0
4
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=231373469030970&set=pb.100064749544314.-2207520000..&type=3

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad kini menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas disahkan menjadi kontak rapat kepada rakannya yang positif Covid-19.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS, memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

“Pagi ini pakai gelang kerana kontak rapat sahabat yang positif. Alhamdulillah setakat ini tidak ada apa-apa gejala.

“Kena kuarantin hingga 3 November ini. Insya-Allah Khamis depan baru bebas,” katanya.

Beliau memaklumkan, sepatutnya bertolak ke Sabah hari ini untuk lawatan kerja dua hari antaranya penyerahan Kompleks Mahkamah Syariah Sabah di Kota Kinabalu dan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Nor.

“Insya-Allah selepas ini saya akan ke sana. Maaf banyak-banyak kepada Ketua Menteri Sabah dan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Dr Mohammad Naim,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tempoh kuarantin arahan kerja akan dibuat dari rumah. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Idris Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here