Mohammadin Ketapi umum keluar Warisan, jadi wakil rakyat Bebas

0
1

PERGOLAKAN dalam Parti Warisan Sabah (Warisan) semakin memuncak apabila seorang lagi pemimpinnya bertindak meninggalkan parti berkenaan, hari ini.

Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini, mengumumkan keluar daripada Warisan dan menjadi wakil rakyat bebas di Dewan Rakyat.

Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama itu turut mengumumkan menjadi Adun Bebas mesra kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya hanya akan menjadi Ahli Parlimen Bebas sepenuhnya di peringkat Persekutuan,” katanya pada sidang media , hari ini.

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu berkata, keputusan tersebut dibuat berikutan kurangnya pembangunan di peringkat negeri serta Parlimen dan percaya keadaan itu akan berterusan jika beliau terus kekal dalam blok pembangkang.

“Semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, saya berjanji kepada pengundi kawasan DUN Segama untuk membawa kemajuan dan pembangunan di kawasan itu termasuk untuk membawa usul agar dibina sebuah Pejabat Daerah Kecil Segama.

“Saya berpendapat jika saya terus kekal dalam kelompok pembangkang sudah tentu kemajuan dan pembangunan di DUN Segama akan terabai,” katanya.

Mohamaddin menjadi wakil rakyat Warisan yang ketiga meninggalkan parti selepas Adun Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir keluar pada 25 Februari dan diikuti oleh Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob yang keluar pada 8 Oktober lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Warisan menang sembilan kerusi Parlimen di Sabah, namun satu kerusikosong susulan penyandang kerusi Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada 2 Oktober tahun lalu.

Warisan kini memiliki tujuh kerusi Parlimen daripada iaitu Mohd Shafie (Semporna); Datuk Darell Leiking (Penampang); Datuk Mohd Azis Jamman (Sepanggar); Datuk Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Datuk Rozman Isli (Labuan), Ahmad Hassan (Papar) dan Ma’mun Sulaiman (Kalabakan). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here