Umno, Bersatu dicadang guna lambang PAS pada PRN Melaka

0
1
grafik

PAS yang kini menjadi rebutan bagi membentuk gabungan sama ada dengan Umno atau Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, mencadangkan agar lambang parti berkenaan digunakan ketiga-tiga parti dalam pilihan raya itu.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata perkara itu disuarakannya dalam perjumpaan ketiga-tiga parti berkenaan malam tadi.

“Ada sedikit berita gembira, malam tadi kita mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan ketiga-tiga parti PAS, Umno dan Bersatu.

“Insha-Allah dalam bicarakan soal persiapan PRN Melaka nampaknya sekarang PAS dikehendaki oleh semua parti,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-62 di Negeri Sembilan, hari ini.

Menurutnya, Umno buat keputusan bahawa setuju bersama dengan PAS dan PAS merakamkan ucapan terima kasih kerana merasai perlunya muafakat politik antara kedua-dua parti dikekalkan

“Di waktu yang sama Bersatu juga ingin bersama dengan PAS, lalu saya cadangkan gunakan sahaja lambang PAS.

“Ia sekadar lontaran (cadangan),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here