Bajet 2022: Kerajaan mahu bekalkan dos penggalak kepada semua orang dewasa

0
2

PROGRAM Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan terus diperkasa bagi membekalkan dos ketiga sebagai vaksin penggalak kepada semua orang dewasa, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Beliau berkata, ia juga bagi meneruskan vaksinasi kepada anak-anak berusia 12 hingga 17 tahun.

“Kerajaan telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos iaitu bersamaan lebih 140 peratus penduduk dan cukup untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun dan ke atas,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli Parlimen yang sebulat suara meluluskan pindaan Akta untuk membenarkan kegunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara bagi membiayai perolehan vaksin Covid-19.

Dengan pindaan itu, katanya, kerajaan akan membelanjakan sebaiknya bagi memenuhi keperluan vaksinasi dalam memulih semula dan membina daya tahan buat rakyat dan perniagaan.

“Bagi tahun hadapan, kerajaan bercadang untuk memberikan pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here