Umno Ketereh turun ke Melaka bantu jentera Umno – Annuar Musa

0
2

DI sebalik larangan aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya, Umno bahagian Ketereh akan tetap turun ke negeri itu bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketuanya, Tan Sri Annuar Musa berkata Umno bahagian itu akan turun ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Machap Jaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

“Umno Bahagian Ketereh akan turun ke Melaka bagi membantu jentera Umno di PDM Machap Jaya mengikut norma baharu serta SOP yang telah ditetapkan.

“Kita teruskan perjuangan bagi memastikan kemenangan dan kelangsungan Umno. Umno, dulu, kini dan selamanya,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menerusi hantaran di Facebooknya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya tidak dibenarkan, termasuk penganjuran majlis-majlis pelancaran jentera pilihan raya.

Beliau menegaskan ia bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dan peningkatan kes dengan mendadak.

Larangan tersebut berkuatkuasa bermula 25 hingga 27 November 2021.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here