Dewan Rakyat meriah Ahli Parlimen berbaju batik

0
2

SEJARAH tercipta apabila sebahagian besar Ahli Parlimen hari ini hadir persidangan dengan mengenakan pakaian batik Malaysia.

Ahli-Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang masing-masing tampil anggun dan bergaya dengan pelbagai rekaan dan motif, serta ‘menayangkannya’ di media sosial.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dari PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi perkongsian di Facebook berkata beliau memperagakan batik susulan Parlimen membenarkan ahli Dewan Rakyat mengenakan batik.

“Pilihan saya ialah “Batik by Rasta”. Corak menarik, material yang selesa dan paling utama harga berpatutan.

“Dalam kalangan ahli-ahli Parlimen PKR yang paling gigih mempromosi batik ialah MP Balik Pulau sdr Bakhtiar Wan Chik dan MP Permatang Pauh Nurul Izah Anwar.

“Ayuh sama-sama mendokong industri batik negara,” tulisnya.

Dalam hantaran berasingan, beliau berkongsi gambar bersama Ahli Parlimen Lumut, Dr Hatta Ramli dan Nurul Izzah yang masing-masing mengenakan pakaian batik.

Syed Saddiq

Pada 11 Oktober lalu, Jawatankuasa Dewan bersetuju cadangan pemakaian baju batik Malaysia berlengan panjang bagi ahli-ahli Parlimen ketika menghadiri persidangan Dewan Rakyat setiap Khamis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika membacakan syor itu berkata, cadangan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri itu bertujuan mendukung warisan negara.

“Pemakaian baju batik ini bukanlah mandatori dan adalah secara sukarela,” katanya.

Sementara itu Nancy hari ini berkata sempena meraikan hari bersejarah itu, semua Keluarga Malaysia akan menerima rebat tunai RM30 bagi setiap pembelian RM100 yang ditawarkan ke atas pembelian mana-mana produk batik oleh Kraf Malaysia yang dijual di mana-mana cawangannya.

“Saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang anggun dan segak mengenakan baju batik Malaysia hari ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here