SASTERAWAN Negara Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala meninggal dunia jam 12 tengah hari tadi.
Berita tersebut disampaikan anaknya menerusi satu kenyataan, hari ini.
“Dengan penuh insaf rendah diri dan dukacita dimaklumkan bahawa Ayahanda kami Haji Ahmad Khamal Bin Abdullah telah menghembuskan nafas yg terakhir pada 27 Oktober 2021 hari Isnin, pada pukul 12 tengah hari di dalam tidurnya.
“Sehubungan dengan itu pihak waris dan keluarga telah menetapkan upacara pengurusan jenazah al Marhum pada hari ini selepas waktu Zohor di Surau As Sahabah, Seksyen 7, Kota Damansara,” katanya.
Allahyarham, Ahmad Khamal pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) pada 14 September 2018.
Persoalan yang sering diungkapkan dalam puisi-puisi beliau ialah tentang rakyat bawahan seperti petani, nelayan dan kaum buruh. – Malaysiapost

