RUU pemecatan Ahli Parlimen beri hak pengundi – Azalina

0
2

AHLI Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman berkata Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli-Ahli Parlimen 2021 penting demi mempertahankan hak pengundi.

Beliau berkata, RUU itu dapat memberi hak bersuara kepada pengundi sekiranya Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka melompat parti.

“Saya telah mencadangkan RUU Ahli-Ahli Parlimen 2021 baru-baru ini. Walaubagaimanapun, RUU ini tidak mendapat keutamaan untuk bacaan pertama,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Azalina berkata, beliau berharap perkongsian mengenai RUU tersebut boleh membantu rakyat untuk sedar bahawa sebagai pengundi, mereka tetap mempunyai hak bersuara sekiranya wakil rakyat mereka lompat parti. 

“Saya juga mengalu-alukan semua pihak untuk berkongsi pendapat atau cadangan tentang RUU ini bersama saya dalam ruang komen di bawah. 

“Pendapat anda adalah amat penting buat kami yang masih memperjuangkan hak pengundi dengan sekali lagi akan menghantar Rang Undang-Undang Persendirian yang diubahsuai,” katanya.

Semalam, Azalina dilaporkan akan menghantar semula notis Rang Undang-Undang Persendirian yang diubahsuai berhubung pemecatan Ahli Parlimen yang melompat parti kepada Dewan Rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here