3 kluster baharu di Johor, Selangor

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pDianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.esakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

TIGA kluster baharu Covid-19 dikesan dua di Johor dan satu di Selangor yang membabitkan 42 jangkitan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kluster Ladang Jalan Kluang di Johor membabitkan kluster tempat kerja mencatat 17 kes dan Jalan Sutera Kuning di Johor Bahru pula adalah kumpulan berisiko tinggi membabitkan 10 kes.

Menurutnya, Kluster Jalan Lama Tebuk Marso di Sabak Bernam, Selanhor adalah membabitkan kluster komuniti dengan 15 kes positif Covid-19 disahkan setakat ini.

“Jumlah keseluruhan kluster adalah 5,722 kluster dan daripada jumlah itu 5,183 kluster telah tamat, dan jumlah kluster aktif hingga kini adalah 539 kluster,” kata Dr Noor Hishamdalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 5,666 kes baharu harian yang dilaporkan hari ini, 107 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Sementara itu 5,559 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Daripada jumlah kes baharu itu, kes import adalah 20 kes (14 warganegara; enam bukan warganegara), manakala kes tempatan adalah 5,646 kes (5,449 warganegara, 197 bukan warganegara),” katanya.

Beliau berkata, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 601 kes dengan 522 kes disahkan Covid-19, 79 kes disyaki, kemungkinan,dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 299 kes (222 kes disahkan Covid-19; 77 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya

Sementara itu, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah 28,354 termasuk 42 kematian baharu semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here