Tular himpit-menghimpit: Polis tahan pemandu Hyundai, Myvi

0
2

POLIS menahan dua lelaki yang memandu dalam keadaan berbahaya secara himpit-menghimpit di Jalan Kuching menghala ke ibu negara yang tular di media sosial, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian jam 3.30 petang itu melibatkan dua kereta jenis Hyundai Elantra dan Myvi.

“Kedua-dua pemandu berusia 33 dan 47 tahun telah ditahan pada jam 10 malam Sabtu, selepas memberi keterangan di Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur.

“Mereka akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, saringan air kencing juga telah dilakukan dan mendapati pemandu Perodua Myvi positif dadah methamphetamine/amphetamine.

“Suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan akan dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 27 saat tular di media sosial memaparkan aksi dua kenderaan yang memandu secara berbahaya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here