Arak Timah: ‘Larang pengeluar arak letak nama mengelirukan’ – Hadi

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634872536905","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihak yang menjaga urusan agama Islam sepatutnya tidak boleh mengizinkan sebarang penyalahgunaan nama arak yang boleh mengelirukan umat Islam.

Beliau berkata, walau apa pun alasan yang diberikan untuk jenamanya, penggunaan nama ‘Timah’ dalam bahasa Melayu adalah dekat dengan nama Fatimah al-Zahra’, puteri kesayangan Rasulullah SAW.

Katanya, ia secara halus boleh dianggap menyentuh sensitiviti dalam kalangan penganut Islam.

“Kerajaan yang dikuasai oleh PAS di Kelantan dan Terengganu telah menetapkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang mengharamkan arak kepada penganut Islam.

“Pada masa yang sama, tidak melarang berlaku perniagaan arak dalam kalangan bukan Islam sahaja,” katanya dalam tulisan Minda Presiden PAS di Facebook, hari ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, Islam turut menegaskan bahawa semua yang terlibat menghasilkan arak dan bahan sepertinya adalah haram dan berdosa besar, sama ada daripada industri huluan sehinggalah hiliran.

“Walaupun tidak digunakan untuk dirinya dan orang lain. Semua hasilnya tidak mendatangkan keberkatan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Adapun dalam masyarakat majmuk yang berbagai-bagai penganut agama, maka pihak yang berkuasa dalam negara Islam tidak boleh menghalang penggunaan dan perniagaannya dalam kalangan bukan Islam.

“Hal ini disebabkan ia diizinkan oleh agamanya berkonsepkan kebebasan beragama,” katanya.

Beliau berkata, pengharaman arak dalam Islam ditetapkan secara nas yang diketahui umum mengikut ajaran Islam.

“Islam mengharamkan arak dan bahan sepertinya kerana memabukkan, sehingga menghilangkan dan merosakkan akal manusia,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad mengecam tindakan provokasi pengeluar arak tempatan berjenama ‘Timah’ berikutan pemilihan nama yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Idris yang bersetuju dengan gesaan supaya pengeluar memilih nama lain turut melahirkan kebimbangan tindakan itu bertujuan mewujudkan normalisasi terutama dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Isu pengeluaran arak itu menjadi kontroversi berikutan namanya dilihat berkait dengan nama orang Melayu dan Islam, iaitu ‘Fatimah’ bagaimanapun syarikat pengeluar mendakwa ia merujuk kepada bijih timah. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Abdul Hadi Awang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here