PRN Melaka: Isu kerjasama, PAS tunggu keputusan MKT Umno

0
2

PAS masih menunggu keputusan rasmi dari mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sama berhubung pendirian kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka, November ini.

Naib Presidennya, Idris Ahmad, berkata, sehingga kini belum ada keputusan rasmi dari MKT Umno berhubung perkara itu.

“Setakat hari ini, keputusan daripada MKT Umno tidak ada sebut begitu. Kita pakai keputusan rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021M di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara bersendirian pada PRN Melaka tanpa kerjasama parti lain, termasuk PAS dan Bersatu.

Jelas Ahmad Zahid, antara punca tiada kerjasama dengan PAS ialah Muafakat Nasional (MN) itu sendiri tidak pernah didaftarkan.

Beliau turut menyebut tentang pengkhianatan berulang kali terhadap Umno sewaktu mengulas berkenaan MN, namun tidak memberikan penjelasan lanjut maksud kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here