Bekalan air di Sepang, Kuala Langat dijangka pulih 6.30 petang ini

0
1

GANGGUAN bekalan air tidak berjadual di 145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat susulan insiden paip pecah berhampiran Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, semalam dijangka pulih pada 6.30 petang ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari tadi, pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah itu telah mencapai tahap 74 peratus.

“Air Selangor terus menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa.

“Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.

Semalam, 145 kawasan di Wilayah Sepang dan 11 kawasan di Wilayah Kuala Langat dilaporkan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here