94% populasi dewasa di Malaysia lengkap vaksinasi

0
2

SERAMAI 21,993,417 individu atau 94 peratus populasi dewasa di Malaysia sudah lengkap divaksinasi setakat semalam, manakala 97.3 peratus atau 22,756,938 individu lagi sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Berdasarkan data yang dikongsikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba di laman Twitternya, menunjukkan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin membabitkan vaksin dos tunggal dan dua dos adalah 48,046,427 dos.

Dr Adham turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setiap masa dan membuat ujian kendiri Covid-19 sebelum balik kampung atau bercuti.

“Tolong patuhi SOP setiap masa. Buatlah ujian kendiri Covid-19 sebelum memulakan perjalanan untuk balik kampung atau bercuti. Kita jaga kita!” ciapnya.

Sementara itu, berdasarkan maklumat terkini di portal covidnow.moh.gov.my, secara keseluruhan 70.2 peratus penduduk Malaysia sudah lengkap vaksinasi, manakala 77.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang sudah menerima vaksinasi sekurang-kurangnya satu dos adalah pula adalah sebanyak 2,483,693 orang atau 78.9 peratus.

Jumlah remaja yang telah lengkap divaksinasi adalah seramai 940,960 orang atau 29.9 peratus dengan 134,630 remaja lengkap menerima vaksinasi semalam.

Bagi dos penggalak pula, sebanyak 30,756 dos sudah diberikan termasuk 9,139 dos diberikan semalam.

Portal berkenaan juga melaporkan jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia setakat semalam adalah 27,993 kes dengan tambahan 72 kes kematian harian yang dilaporkan semalam termasuk sembilan kematian di luar hospital (BID). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here