PRN Melaka: ‘BN wajar bertanding solo namun fleksibel’ – Puad

0
1
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

UMNO wajar bertanding solo dengan menggunakan logo Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata namun solo yang dimaksudakan adalah bersifat ‘longgar’ atau ‘fleksibel’ yang tidak terikat dengan gabungan parti politik.

“Amat wajar Umno bertanding solo guna logo BN dalam PRN Melaka November ini. Tetapi solo yang bersifat longgar.

“Maksud ‘solo flexible’ ialah Umno tidak terikat dengan gabungan parti politik. Tetapi sedia bentuk persefahaman di kerusi potensi menang untuk kedua-dua belah pihak kecuali PPBM (Bersatu),” katanya menerusi Facebook.

Mohd Puad berkata, PRN Melaka adalah gelanggang terbaik untuk Umno tidak berkerjasama dengan Bersatu selain menguji kemampuan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin itu.

“Bersatu boleh buktikan, apakah tanpa PH (Pakatan Harapan) parti itu boleh ‘survive’ terutama tanpa undi DAP.

“Ini juga masa terbaik untuk PAS buat pendirian tegas. Tidak boleh tengah tengah. Tiada dua lawang. Penyatuan ummah cara politik hanya menyakitkan hati dan retorik,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November.

Katanya, tempoh berkempen pula adalah 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.

PRN Melaka perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here