8 negeri beralih fasa mulai 18 Oktober ini

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peralihan fasa berkuat kuasa 18 Oktober ini bagi Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ia diikuti Melaka dan Lembah Klang (Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor) daripada Fasa 3 kepada Fasa 4 PPN.

Beliau berkata, peralihan fasa itu mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa.

“Berdasarkan laporan kes positif Covid-19 harian yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), negara mencatatkan bilangan kes di bawah 10,000 kes sehari bagi tempoh dua minggu berturut-turut.

“Kadar kebolehjangkitan atau R-naught juga terus mencatatkan penurunan dengan mencatatkan angka di bawah paras 1.0 iaitu 0.86.

“Sehingga semalam, kadar vaksinasi populasi dewasa bagi dos pertama adalah 95 peratus, manakala jumlah yang menerima dua dos vaksin pula seramai 91.2 peratus dan dijangka terus meningkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ismail sabri berkata, dengan peralihan fasa bagi negeri-negeri yang dinyatakan, Malaysia secara keseluruhannya kini beralih ke Fasa 3 PPN.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 3 dan Fasa 4 PPN boleh dilayari di laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN), www.mkn.gov.my,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here