Kerajaan laksana program rintis protokol bagi lawatan rasmi

0
1

MESYUARAT Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju untuk melaksanakan program rintis protokol ‘test and release’ (T&R) dengan syarat perjalanan atau itinerari yang ketat dan terhad bagi lawatan rasmi kepada sesetengah kumpulan pengembara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kumpulan pengembara yang dikenal pasti adalah pembesar negara, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri, exco kerajaan negeri, ahli Parlimen dan pegawai-pegawai kerajaan.

“Pelaksanaan program rintis ini akan berkuat kuasa 18 Oktober ini dan akan diperluaskan kepada pengembara perniagaan (business travellers) dalam waktu terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, antara syarat yang dikenakan ialah perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan bersama dokumen sokongan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan kelulusan.

Tambah beliau, kumpulan ini harus menjalani ujian Covid-19 RT-PCR tiga hari sebelum berlepas pulang ke Malaysia dan sekali lagi menjalani ujian itu sebiak tiba di mana-mana pintu masuk negara.

“Syarat ini terhad kepada pengembara yang tiba dari negara yang berisiko rendah sahaja. Syarat ini juga terpakai kepada individu-individu yang lengkap divaksin.

“Kerajaan menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini, ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

“Patuhilah setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here