90.6 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

0
2
Petugas menyuntik vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

JUMLAH populasi dewasa di Malaysia yang telah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 kini mencecah 21,220,121 individu atau 90.6 peratus setakat semalam.

Menurut data di portal COVIDNOW, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,215,504 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam sahaja, sebanyak 209,534 dos vaksin diberikan menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 46,044,734 dos bagi golongan dewasa.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 370,995 atau 11.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin.

Pada masa sama 74.8 peratus remaja atau 2,352,464 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan tersebut yang bermula 8 September lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here