Bekalan air akan disalur bermula 5 petang esok

0
1

KERJA-kerja penyenggaraan aset aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang dimulakan jam 9 pagi tadi, dijangka akan siap pada jam 11 malam hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna bermula jam 5 petang esok, setelah sistem bekalan air distabilkan.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 16 Oktober 2021,” kata Air Selangor menerusi kenyataan hari ini.

Gangguan bekalan air berskala besar itu melibatkan 998 kawasan di Lembah Klang dan senarai lengkap kawasan terjejas, Pili Air Awam dan Stesen Pengisian Air Komersial boleh didapati di laman pautan hentitugas.airselangor.com.

Menurut Air Selangor, pihaknya akan menyediakan bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki ke premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta untuk upacara pengebumian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here