Syarikat bawah sub sektor pelancongan tak perlu mohon CIMS

0
1

SYARIKAT dan premis perniagaan di bawah sub sektor pelancongan dan kebudayaan kini dibenarkan beroperasi tanpa membuat permohonan melalui Covid-19 Intelligent Management System (CIMS).

Ia susulan pengumuman kerajaan berkaitan kebenaran merentas negeri berkuatkuasa 11 Oktober dan beberapa kelonggaran tambahan baharu di bawah fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi kenyataan bagaimanapun berkata Kebenaran itu tertakluk kepada syarat lengkap vaksinasi dua dos bagi semua pekerja dan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Setiap syarikat/premis perniagaan perlu mempamerkan salinan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terkini dan lesen perniagaan premis daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang masih sah.

“Justeru, pihak industri juga dipohon untuk memberi kerjasama bagi memastikan pematuhan terhadap SOP dan lain-lain arahan kerajaan yang dikeluarkan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MOTAC, setiap syarikat dan premis perniagaan perlu memastikan jumlah pekerja tidak melebihi kapasiti maksimum dibenarkan kerajaan.

“MOTAC ingin menegaskan bahawa pihak industri bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Kompaun kesalahan selaras dengan Seksyen 25, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342] akan dikenakan jika gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here