Wujudkan sistem penalti, ganjaran untuk tingkatkan kadar vaksinasi di Sabah – Abdul Rahman

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633944283441","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

KERAJAAN Sabah dicadangkan supaya memperkenalkan strategi baru dalam menangani kadar vaksinasi yang masih rendah di negeri terbabit termasuk mewujudkan sistem penalti atau ganjaran.

 Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata sehingga semalam, data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan hanya 48.3 peratus penduduk Sabah yang telah lengkap vaksinasi.

Menurutnya, KKM mengunjurkan Sabah hanya akan mencapai 60 peratus vaksinasi lengkap pada 22 November ini iaitu 42 hari dari sekarang dan 80 peratus vaksinasi lengkap pada 23 April 2022 atau 194 hari dari sekarang.

“Angka ini diunjurkan meningkat ke 80 peratus pada 29 Disember ini atau 79 hari dari sekarang dan 100 peratus pada 6 Jun 2022 atau 238 hari dari sekarang.

“Oleh kerana kebenaran rentas daerah dan pembukaan ekonomi secara menyeluruh hanya dibenarkan apabila peratusan vaksinasi lengkap di tahap 80 hingga 90 peratus, maka dicadangkan kerajaan Sabah memperkenalkan dua strategi baru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Tuaran, berkata strategi pertama adalah membenarkan rentas negeri ke kawasan yang telah mencapai 80 peratus vaksinasi lengkap.

“Contohnya, kebenaran bagi kawasan seperti Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya telah mencapai 80 peratus vaksinasi lengkap kerana ia akan menghidupkan semula ekonomi rakyat Sabah,” katanya.

Abdul Rahman berkata, strategi kedua pula adalah mewujudkan sistem penalti atau ganjaran terhadap individu yang menerima atau menolak vaksinasi.

“Salah satunya ialah penerima bantuan kewangan kerajaan negeri mestilah menunjukkan mereka sudah divaksinasi lengkap.

“Sistem ini perlu kerana usaha kerajaan untuk merayu rakyat untuk divaksinasi kadang-kadang tidak berkesan dalam situasi-situasi tertentu,” katanya.

Beliau berkata, sistem berkenaan juga sudah digunakan di seluruh dunia, malah Malaysia turut sudah menggunakannya seperti hanya mereka yang lengkap vaksinasi dibenarkan untuk makan di restoran, keluar negara dan rentas negeri.

“Saya menggesa Ketua Menteri Sabah agar meminta agensi-agensi kerajaan negeri untuk melihat dan belajar dari kejayaan yang dicapai KKM terutamanya dari segi pengupayaan dan mempermudahkan program jangkauan luar.

“Sarawak dengan topografi dan geografi yang juga begitu mencabar telah jauh meninggalkan Sabah dari segi kadar vaksinasi.

“Diharapkan Ketua Menteri mempertimbangkan sistem penalti atau ganjaran untuk meningkatkan kepatuhan untuk divaksinasi di kalangan penduduk Sabah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here