Parti baharu ditubuhkan sebagai proksi sesetengah pihak, mencemarkan demokrasi – DPIM

0
1

DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengalu-alukan penubuhan parti-parti politik baharu demi menyuburkan proses demokrasi agar rakyat diberikan lebih banyak pilihan untuk menyuarakan keluh kesah rakyat dan denyut nadi anak muda.

Ketuanya Shahir Adnan, bagaimanapun berpendapat jika penubuhan parti itu hanya sebagai proksi sesetengah pihak, ia dianggap mencemarkan sistem demokrasi negara seterusnya menghina rakyat.

Beliau berkata, pihaknya tertarik dengan penubuhan Parti Kuasa Rakyat, di mana ianya mengambil ideologi nasionalisme dan mahu memperjuangkan golongan B40 dan M40.

Menurutnya, semangat yang ditunjukkan itu bersesuaian dengan nilai-nilai Malaysia, namun sejauh manakah golongan B40 dan M40 diwakili di dalam Jawatankuasa Penaja parti tersebut.

“Ratanya-ratanya seperti golongan T20 yang menjadi pemimpin Parti Kuasa Rakyat.

“DPIM berharap semua parti politik tanpa mengira kecenderungan kepada kerajaan atau dipihak pembangkang, perlu mendahulukan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shahir berkata, semua pihak perlu mengamalkan politik matang dan menghindari diri daripada menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati parti lain.

“Keadaan mencemuh dan menunding jari kepada parti lain menunjukkan ketidakmatangan politik, walaupun sebilangan besar mereka adalah pemimpin berpengalaman warga emas.

“Rakyat terutama pengundi baharu bakal menghukum pemimpin sebegini,” katanya.

Menurutnya, DPIM menyeru agar semua pemimpin kerajaan dan pembangkang untuk kekal fokus dalam membendung wabak Covid-19 yang masih belum reda.”Kita masih berada dalam lingkungan 8,000-9,000 kes harian. Fikirlah keadaan rakyat yang kini tersepit dan terhimpit,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here