PELAKON watak Captain Amerika, Chris Evans secara tidak sengaja memuat naik foto alat sulitnya ketika bermain permainan filter di Instagram ‘Story’, semalam.
Evans, 39, secara tidak sengaja berkongsi visual dalam bentuk video berdurasi pendek di IG Storynya dan di penghujung video berkenaan, terpapar foto menunjukkan alat sulit pelakon itu.
Menurut Daily Mail, ketika kejadian Evans sedang bermain ‘Head Up game’ bersama rakannya.
Sebahagian pengikutnya di laman sosial itu sempat melihat foto berkenaan dan mereka perasan terdapat gambar atau imej alat sulit pelakon Avenger itu.
Bagaimanapun foto tersebut telah dipadamkan dan ia tidak memberi apa-apa bayangan atau spekulasi kerana imej alat sulit tidak kelihatan dengan jelas.
Sehubungan itu, segelintir peminat Evans tampil mempertahankan pelakon tersebut, malah menyifatkan bahawa foto tersebut tidak sepatutnya tersebar bagi menghormati kredibiliti Evans sebagai figura terkenal. – MalaysiaPost

