Paip bocor: Pemulihan 50 kawasan terjejas sudah 80 peratus – Air Selangor

0
2

PEMULIHAN bekalan air di 50 kawasan yang terjejas berikutan paip pengepaman bocor di Rumah Pam Segambut, Kuala Lumpur mencapai tahap 80 peratus, setakat jam 6 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan berkata, kawasan yang belum menerima bekalan air sepenuhnya adalah Anjung Tiara; Bukit Prima Pelangi; Bukit Segambut; Dutamas; Taman Bukit Sri Bintang; dan Taman Flora Impian.

Diikuti Taman Prima Impian; Taman Seri Bukit Segambut; Taman Sri Bintang; dan Taman Sri Sinar.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk maklumat insiden dari semasa ke semasa.

“Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here