Pelakon, pengarah, penolong pengarah ditahan positif dadah

0
1

SEORANG pelakon berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, semalam.

Turut sama ditahan dalam serbuan itu ialah pengarah dan penolong pengarah, berusia 49 dan 47 tahun.

Difahamkan serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol manakala penolong pengarah positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine

Ketika serbuan, kesemua mereka berada di dalam bilik yang berasingan.

Ketiga-ketiganya disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Memetik Astro Awani, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan tangkapan tersebut.

Menurut beliau, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here