SJR polis di sempadan negeri ditutup tengah malam ini

0
2
lebuhraya

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menutup semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri di seluruh negara bermula tengah malam ini. 

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata sekatan jalan raya di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Op Benteng serta cegah jenayah dan keselamatan tetap dikekalkan. 

Katanya, penutupan sekatan jalan di sempadan negeri adalah susulan pengumuman kerajaan membenarkan rentas negeri bermula esok. 

“Meskipun tiada sekatan jalan raya di sempadan negeri, PDRM akan tetap menggerakkan Pasukan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan masyarakat sentiasa mematuhinya. 

“Pemeriksaan ini akan dijalankan pihak berkuasa secara rawak di lokasi tumpuan umum berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, Acryl Sani menasihati masyarakat agar tidak mengambil lewa terhadap kelonggaran pergerakan yang diberikan dan sentiasa mematuhi SOP demi mengelakkan wabak Covid-19 kembali meningkat.  

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pergerakan rentas negeri dibenarkan kepada Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap bermula esok. 

Beliau turut memaklumkan aktiviti rentas negeri tersebut kini dilakukan tanpa memerlukan kebenaran PDRM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here