Wanita maut dibaham buaya

0
1

SEORANG wanita ditemukan meninggal dunia dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Serudung Laut, Kalabakan, Tawau di Sabah hari ini.

Mayat Fosanih Nansel, 22, ditemukan pada jam 8 pagi tadi oleh penduduk kampung, selepas wanita itu dilaporkan hilang di sungai kampung berkenaan sejak semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 jam 8.19 malam mengenai mangsa diserang buaya.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan sejurus pihak bomba ke lokasi terpaksa ditangguhkan selepas jam 12 tengah malam atas faktor risiko di kawasan kejadian.

“Maklumat daripada keluarga diterima dan operasi mencari dan menyelamat mangsa bersambung semula pada hari ini dan mangsa ditemukan penduduk kampung kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan diserang buaya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, mayat wanita itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi berkenaan ditamatkan pada jam 10.27 pagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here